Friday, September 24, 2010

TenTanG gaDis

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

The Skeleton Dance

Stacy - Jahat with Lyric

B E R J A L A N S E N D I R I A N

Jauh merantau, 
keseorangan berjalan.
penat terasa dalam mencari 
kebahagiaan dan kedamaian 
dalam sebuah kehidupan.
bukan untuk di sesali 
tetapi untuk di nikmati seadanya.
sepinya kehidupan tanpa cinta.
tetapi, 
sakitnya kehidupan apabila mencintai
tetapi tidak di cintai.
itulah kahidupan !

drama seadanya ...

Thursday, September 23, 2010

~ Air Mata ~

PERNAHKAH anda menangis? Jika menangis, apakah punca dan sebabnya? Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.
 

Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, 
malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. 
Banyak air mata mengalir di dunia ini. 
Sumbernya dari mata, 
mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. 
Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. 
Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus.
Seperti sungai yang mengalir ke laut
tidak pernah berhenti ! 
Kalaulah air mata itu terkepung, 
seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Luahan Hati : Si Pari Kecil

Pari Kecil Berkata Dalam Hatinya :
perlukah cinta dalam hidup ini ?
tetapi kenapa saat aku jatuh cinta dan mencintai seseorang itu aku selalu mendapat nasib yang malang.
tiada rasa bahagia, kasih sayang, seperti pasangan yang lain.
ada kala perasaan aku dipermainkan.
ada kala nya mendapat halangan daripada pihak tertentu.
tetapi kenapa aku ?
kenapa kami ... ?
adakah ini semua ujian dan dugaan sementara buat aku ... kami ?
semoga nasib menyebelahi aku ... kami kelak !


Pari Kecil Berkata Lagi :
Aku adalah pari kecil. Pari kecil yang selalu mengalami kesedihan.
Sebenarnya, ada apa disebalik kesedihan itu ?
Adakah kebahagiaan yang sempurna menanti kelak ... ?
Aku pari kecil yang penyayang, ingin di sayangi dan di manja.
Aku menyayangi putera ku. Tetapi, kekadang aku merasakan seperti tidak disayangi. 
Apakah aku harus membuang rasa itu terhadap putera ku ? Urmm ...
Aku telah mendapatkan cinta aku.
Tetapi, cinta tu tak pasti !
Entah kenapa .....

Pari Kecil Berkata Kepada PuteraNya :
Sayang ...
Kita saling menyayangi, mencintai, dan bahagia bersama.
Tetapi, kenapa masih ada halangan untuk kita ?
Keikhlasan cinta kita entah siapa yang tahu.
Cinta kita berdua entah siapa yang pedulikan.
Deritanya kita tak siapa yang endah kan.
Urmm .....
Apa yang kita mampu adalah teguhkan keimanan dan kesabaran dalam hati kita !


Aku pari kecil yang kesedihan. 
Aku sabar dan tabah dalam menharungi 
dugaan dan cubaan
dalam kehidupanku 
(peribadi, percintaan dan persahabatan)
ini ....








~ kereta idaman ku ~

rossa's photography

rossa's photography

rossa's photography


Fuh , chantek !
Akan ku dapatkan kamu wahai Mr. Mini White Cooper ...
Heheheee ......  ^_^








Tentang Cinta Rossa ...

Cinta 
Adalah
Anugerah
Yang
Kuasa
Bila terasa betapa indahnya  ...

rossa's photography



rossa's photography

rossa's photography

rossa's photography

rossa's photography
Lurve u more ~

Who is My Girlfriend ? Let see .....

rossa's photography
rossa's photography
rossa's photography
rossa's photography
rossa's photography
rossa's photography

Tentang Kehidupan


Ombak dan pantai sering dikaitkan bersama. 
Pantai begitu setia menanti kehadiran ombak 
walaupun sentiasa menjadi mangsa terpaan ganas ombak. 
Setiap kali ombak memukul pantai, 
sekali itulah jugalah pantai akan berubah bentuk fizikal.
Fitrah manusia juga begitu. 
Pukulan ombak boleh kita ibaratkan nasihat dan 
teguran dari orang yang sayangkan kita. 
Sebagaimana pantai berubah bentuk, begitu dengan kita. 
Setiap teguran dan nasihat yang diterima akan buat kita terfikir. 
Sekaligus akan merubah pendirian dan pegangan hidup kita.
Kita sentiasa perlukannya untuk mendapat kematangan dan
dorongan dalam hidup.

Ketenangan


Bila engkau letih dan hilang semangat, 
Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya…
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu luka, 
Allah telah mengira titis air matamu…
Bila engkau rasa ketinggalan dan 
masa meninggalkanmu Allah tetap bersamamu…
Bila engkau kebuntuan akal, 
maka Allah adalah petunjuk jalan…
Apabila engkau telah berazam,
maka bertawakal lah kepada Allah SWT…